Monday 25 July 2011

TESTIMONI EKSKLUSIF (NORMALA OMAR)

Oleh MUZLINA ABU BAKAR
muzlina.bakar@utusan.com.my
Gambar SAIFUDDIN MOHD. NOR

KASIH SUAMI... Zulkifli tetap membawa Normala berniaga di pasar Ramadan.


DUGAAN yang menimpanya bukan kecil. Dalam sekelip mata nikmat hidup yang Allah berikan ditarik tanpa sebarang petanda.

Tahu-tahu, pandangannya menjadi gelap. Awal pagi 13 April lalu mengubah kehidupan aktres Normala Omar.

Pada pukul 5.30 pagi, Normala Omar yang terjaga daripada tidur selepas dikejutkan oleh bunyi telefon bimbit dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena padanya.

Lazimnya, pada waktu sebegitu Normala Omar, 53, sudah bersedia untuk memulakan hari selain mengejutkan suami tercinta, aktor Zulkifli Zain, 64, untuk bersiap dan menunaikan solat Subuh.

Bagaimanapun, sebelum sempat suami dikejutkan, Normala Omar mencapai telefon bimbitnya untuk mematikan bunyi yang berpanjangan itu.

Namun, apabila matanya dibuka, persekitaran Normala Omar menjadi gelap.Bahkan, dia juga tidak boleh membaca apa yang tertera di skrin telefon bimbitnya itu. Keadaan itu membuatkan Normala Omar panik. Dia benar-benar tergamam dan fikiran mula melayang memikirkan yang bukan-bukan termasuk kematian.

Ketika itu juga, air mata Normala Omar jatuh berlinangan. Dia menangis teresak-esak dan perlahan-lahan, Normala Omar mengejutkan suami yang masih lena di sisinya.Dalam keadaan yang buntu dan sugul, Normala Omar secara spontan berkata pada suaminya yang dia sudah buta.

Normala Omar yang mesra disapa sebagai Kak Ala mengakui, detik itu terlalu menakutkan beliau.

“Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sedih dan takutnya Kak Ala. Ketika itu apa yang Kak Ala ingatkan hanyalah mati,” luah Normala Omar pada satu pertemuan dengan Mega pada hari kesembilan umat Islam menyambut puasa di Bazar Ramadan Wangsa Melawati, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Di bazar itu, pasangan yang sudah 35 tahun berumah tangga menjual bubur lambuk dan lempeng yang mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Ujian kehilangan penglihatan Normala Omar difahamkan berpunca daripada penyakit kencing manis yang dihidapi oleh aktres yang namanya pernah masyhur menerusi filem Sesejuk Air Mata Ibu sekitar tahun 1980-an.

Bukan saja kencing manis, bahkan Normala Omar juga pengidap darah tinggi sejak usianya mencecah 40 tahun. Kesilapan dan kelalaian Normala Omar mengabaikan pemakanan yang betul (biarpun mengetahui mengidap kencing manis) membuatkan artis yang cukup peramah itu terpaksa akur dengan nasib yang menimpanya hari ini.

“Masa boleh nampak, Kak Ala tidak pernah ambil berat tentang kesihatan dan pemakanan yang seimbang. Walaupun Kak Ala pengidap kencing manis yang serius, tapi Kak Ala makan ikut suka hati saja.

“Apa yang ada depan mata Kak Ala makan. Akibatnya kedua-dua kornea mata Kak Ala berdarah dan menyebabkan buta,” Normala Omar menyambung perbualan dalam nada sugul.

Berdasarkan pemeriksaan doktor pada 17 April lalu, mata kirinya gagal diselamatkan kerana telah rosak teruk. Sementara mata kanannya pula, kata doktor, diharap dapat diselamatkan apabila menjalani pembedahan. Asalnya juga, Normala Omar menjalani pembedahan pada 29 Julai 2010 lalu. Berdasarkan prosedur pembedahan, hanya tuan punya badan saja yang boleh memberi kebenaran dan menandatangani borang pembedahan itu.

Bagaimanapun, disebabkan tiada jaminan daripada doktor terhadap harapan untuk kedua-dua matanya kembali pulih menyebabkan Normala Omar memilih untuk menangguhkan pembedahan dan berusaha cara lain. “Kini walaupun mata kanan kabur Kak Ala tetap bersyukur kerana Allah kabulkan doa Kak Ala. Bukan itu sahaja, malah berat badan Kak Ala juga semakin susut jika dibandingkan lima bulan lalu,” kata Normala sambil tersenyum walaupun sebenarnya penglihatannya tidak jelas.

Gambar: Normala Omar Selepas Minum 12 botol Monavie, sejak Julai 2010.

“Terima kasih kepada kawan saya Halil Chik yang mengesyorkan produk ini kepada saya. Selepas minum 12 botol Monavie, pendarahan di mata kanan saya yang disebabkan oleh pembedahan telah berhenti. Sekarang mata saya kian pulih. Saya amat bersyukur dan gembira. Saya mengesyorkan kepada sesiapa sahaja produk hebat ini demi menjaga kesihatan mereka. Malah saya sekarang adalah seorang pengedar Monavie”.